Jumaat, Jun 13, 2008

Brazillian in EURO2008

Di sebalik kemeriahan EURO2008 sebagai kemuncak kebanggaan bolasepak Eropah, sebenarnya terdapat pemain-pemain yang berasal dari luar Eropah. Tapi di sini, saya menumpukan pada pemain yang berasal dari Brazil jer...


  • Deco - dilahirkan sebagai Anderson Luis de Souza pada 27 Ogos 1977 di São Bernardo do Campo, Brazil. Pemain FC Barcelona ini mendapat kerakyatan Portugal pada tahun 2002 setelah 6 tahun bermain untuk kelab Porto dan telah mewakili Portugal dalam Euro 2004, Piala Dunia 2006 dan Euro 2008 bermain untuk pasukan Portugal. Terbaru, Deco di'khabar'kan akan mengikut Phil Scolari ke Chelsea.

  • Pepe - nama penuhnya ialah Képler Laveran Lima Ferreira dilahirkan pada 26 Februari 1983 di Maceió, Brazil. Pemain pertahanan Real Madrid ini menjadi warganegara Portugal pada August 2007. Euro 2008 adalah kejohanan besar pertamanya untuk pasukan Portugal dan menjaringkan gol antarabangsanya yang pertama semasa menentang Turki baru-baru ini.

  • Mehmet Aurélio – Dilahirkan sebagai Marco Aurélio Brito dos Prazeres, atau ringkasnya Marco Aurélio, pada 15 Disember 1977 di Rio de Janeiro. Pemain Fenerbahçe ini mendapat kerakyatan Turki pada tahun 2006 dan meminda namanya menjadi Mehmet Aurélio dan Euro 2008 adalah kejohanan pertamanya untuk Turki.

  • Marcos Senna - Marcos António Senna da Silva dilahirkan pada 17 Julai 1976 in São Paulo, Brazil. Senna yang terkenal dengan hantaran tepat, gol jarak jauh dan pakar tendangan penalti ini berhijrah ke Villarreal CF dari kelab São Caetano pada tahun 2002. Pada tahun 2006, Senna dianugerahkan kerakyatan Sepanyol dan menjadi sebahagian dari skuad Piala Dunia 2006 negara itu. Euro 2008 adalah kejohanan kedua untuk pasukan Sepanyol.

    Roger Guerreiro - Poland juga tidak ketinggalan menggunakan khidmat pemain kelahiran Brazil. Hasilnya Guerreiro, pemain tengah Legia Warsaw telah berjaya menjaringkan satu-satunya gol Poland dalam Euro 2008 setakat ini. Guerreiro yang dilahirkan pada 25 May 1982 di São Paulo telah mendapat kerakyatan Poland pada 17 April 2008 dalam satu proses yang pantas dengan jaminan tempat dalam kesebelasan utama dalam kesebelasan utama oleh jurulatih Leo Beenhakker. Debut antarabangsanya ialah perlawanan menentang Albania on 27 Mei 2008.


  • Kevin Kurányi - Lain pula ceritanya bagi penyerang tinggi lampai pasukan Schalke 04 ini. Walaupun Kevin Dennis Kurányi (nama penuhnya) dilahirkan di Rio de Janeiro pada 2 Mac 1982 tetapi bapanya adalah berketurunan kacukan German-Hungary manakala ibunya pula orang Panama. Kurányi dibesarkan di Panama sebelum berpindah ke German pada usia 15 tahun. Kurányi telah memilih untuk mewakili German walaupun mengikut peraturan FIFA, Kurányi layak untuk mewakili samada Brazil, German, Hungary atau Panama. Kurányi mula mewakili German pada tahun Euro 2004 tetapi tidak disenaraikan untuk Piala Dunia 2006 dan kembali ke Euro 2008.

___________________


Sepatutnya ada lagi sebuah dongengan kelahiran Brazil di Euro 2008, tetapi tidak menjadi kenyataan. Eduardo Alves da Silva atau lebih dikenali sebagai Eduardo da Silva, lahir pada 25 Februari 1983 in Rio de Janeiro. Penyerang Arsenal yang panggilan ringkasnya Eduardo mendapat kerakyatan Croatia sejak berumur 19 tahun pada 2002 dan telah terpilih untuk Kejohanan Eropah Bawah 21 pada tahun 2004 di German.

Eduardo tidak disenaraikan oleh jurulatih Zlatko Kranjcar untuk Piala Dunia 2006, walaubagaimanapun mendapat kepercayaan jurulatih baru selepas itu iaitu Slaven Bilic. Kepercayaan Bilic yang menurunkan Eduardo dalam kesebelasan utama menentang Itali telah dibalas dengan jaringan gol dalam perlawanan persahabatan tersebut. Seterusnya, Eduardo menyerlah dengan 10 gol dalam 12 perlawanan kelayakan Euro 2008. Sumbangan Eduardo dalam kempen Euro 2008 pasukan Croatia terhenti di situ akibat mengalami patah tulang fibula kirinya dalam satu perlawanan liga Inggeris.


Ramai lagi sebenarnya pemain-pemain yang di'ekspot' oleh Brazil ke serata dunia. Pemain kelahiran Brazil pernah beraksi dalam Piala Dunia mewakili negara lain seperti Jepun dan Tunisia. Malah ada yang bermain dalam pasukan kebangsan US, Qatar, Singapore, Chile, Mexico, Lubnan, Hong Kong, Belgium, Bulgaria, Bosnia dan lain-lain lagi.