Sabtu, Disember 05, 2009

Undian Piala Dunia FIFA 2010 Afrika Selatan

Semalam berlangsung undian Piala Dunia FIFA 2010 Afrika Selatan. Malang eh, kecederaan lutut ni t'lah menghalang ese untuk samo soto (serta). Hehehe...

Dah tau lun grouping eh? Nah.

















Ese nak komen skit ikut group.

Group A

Pienaar ngan jobo eh koba bleh masuk pusingan keduo. Tapi bagi Carlos Alberto Parreira, coach eh, game pertamo lawan Mexico ponting untuk menaikkan moral.

Tabarez, coach Uruguay kato ni open group. Iyolah, kiro nasib baiklah, sobab nampak macam boleh 'beat each other' dalam group ni.

Ese pilih Mexico mo Perancis.

Group B

Kok bukan Greece, io mungkin Portugal atau Perancis... jadi kito takdo apo2 nak komplen, keteh Bilardo yang berado di situ sobab Maradona digantung dek FIFA.

Nigeria tak sehebat dulu, jadi ese amek Argentina mo Korea Selatan.

Group C

Tak koso ese nak quote Capello doh. Sumo suratkabar dah quote an dio yo.

Keteh dek Rabah Saadane, coach Algeria, "kolobihan pado England dan USA". Matjaz Kek, coach Slovenia pun macam setuju yo bunyi eh.

Ese pun samolah, England dan USA.

Group D

"Feberet team iolah German". Ketigo2 coach, Pim Verbeek (Australia), Radomir Antic (Serbia) dan Milovan Rajevic (Ghana) kato camtu.

Tapi Rajevic ado sambung eh. "Kito yokin bona ke pusingan keduo", keteh.

German dan Ghana, pilihan ese.

Group E

Takeshi Okada, coach Jopun dipotik sbg berkato "Our goal is to reach the last four and we were never going to change that". Pasan tak hengat kato dek sesetongah orang, tapi ekau ado hak untuk berkato2. Lantak kaulah, Okada oiii!!

Paul Le Guen, coach Cameroon kato "Belanda dianggap feberet dan ini memudahkan kami".

Pilihan ese, Belanda dan Cameroon.

Group F

Marcello Lippi, coach Italy cubo merondah diri, manokalo Gerardo Martino (Paraguay) melahirkan keyakinan tinggi.

"Kalau boleh, sumo coach nak masuk satu group mo Slovakia dan New Zealand. Tapi last2 kami samo segroup", keteh dek coach Slovakia, Vladimir Weiss.

Ese, Itali dan Paraguay.

Group G

Coach Ivory Coast, Vahid Halilhodzic kato "kami memang mengharap untuk buek kojutan, bukan setakat dengan Portugal, malah dengan Brazil."

Ese mengharap an Ivory Coast mengiringi Brazil walaupun nampak Portugal lobih layak.

Group H

Vicente del Bosque kato dio tau orang sumo amek Sepanyol sebagai feberet. Jadi konolah bukti an di ateh padang nanti, keteh.

Tengok an jadual eh, last game, Sepanyol vs Honduras dan Switzerland vs Chile. Tak ghoti ese nak predik doh, jadi sapo ado kolobihan gol mengiringi Sepanyol.

Adios.




Tiada ulasan: